Malaysia legislation
Section 19
of AKTA RAPID TRANSIT SYSTEM LINK JOHOR BAHRU-SINGAPURA 2026
Seksyen 19
Rapid Transit System Link
(1)
Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Republik Singapura boleh menjalankan bidang kuasa jenayahnya berhubung dengan suatu perbuatan atau peninggalan yang merupakan suatu kesalahan di bawah undang-undang bertulis Malaysia atau Republik Singapura jika perbuatan atau peninggalan itu dilakukan di kawasan yang berikut:
(a)
di dalam kereta api Rapid Transit System Link semasa dalam transit tetapi tidak termasuk platform kereta api;
(b)
di atas lintasan Rapid Transit System Link di antara
Tiang 47 dan Tiang 48; atau
(c)
di atas landasan Rapid Transit System Link di antara
Tiang 47 dan Tiang 48.
(2)
Jika suatu perbuatan atau peninggalan yang merupakan kesalahan di bawah undang-undang bertulis Malaysia atau Republik
Singapura dilakukan di dalam kawasan yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan Kerajaan-Kerajaan boleh menjalankan bidang kuasa jenayahnya berhubung dengan kesalahan itu, Kerajaan yang di dalam wilayahnya perjalanan kereta api itu disempurnakan hendaklah mempunyai hak utama untuk menjalankan bidang kuasa jenayahnya.
(3)
Jika suatu perbuatan atau peninggalan yang merupakan kesalahan di bawah undang-undang bertulis Malaysia atau Republik
Singapura melibatkan suatu insiden rentas sempadan dan dilakukan di kawasan yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b) atau (c)
dan Kerajaan-Kerajaan boleh menjalankan bidang kuasa jenayahnya berhubung dengan kesalahan itu, Kerajaan yang bertanggungjawab untuk menguruskan insiden rentas sempadan yang timbul daripada kesalahan itu hendaklah mempunyai hak utama untuk menjalankan bidang kuasa jenayahnya berhubung dengan kesalahan itu.
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 29
(4)
Jika mana-mana Kerajaan yang mempunyai hak utama untuk menjalankan bidang kuasa jenayahnya yang disebut dalam subseksyen (2) dan (3) memutuskan untuk tidak menjalankan hak itu, Kerajaan yang membuat keputusan itu hendaklah memaklumkan keputusannya kepada Kerajaan yang satu lagi tanpa kelengahan tidak wajar dan Kerajaan yang satu lagi boleh menjalankan bidang kuasa jenayahnya berhubung dengan kesalahan itu.
(5)
Jika Kerajaan yang satu lagi memutuskan untuk tidak menjalankan bidang kuasa jenayahnya di bawah subseksyen (4),
Kerajaan yang mempunyai hak utama untuk menjalankan bidang kuasa jenayahnya mempunyai kewajipan untuk menjalankan bidang kuasa jenayahnya mengikut undang-undang bertulisnya.
Bidang kuasa jenayah berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands North