Malaysia legislation

Section 7

of AKTA RAPID TRANSIT SYSTEM LINK JOHOR BAHRU-SINGAPURA 2026

Seksyen 7

Woodlands North

(1)

Ketua Jabatan bagi agensi penguatkuasaan Malaysia boleh mengerah tugas apa-apa bilangan pegawai penguat kuasa Malaysia agensi penguatkuasaan itu sebagaimana yang perlu di Stesen

Woodlands North bagi maksud pegawai penguat kuasa Malaysia itu melaksanakan tugas rasmi.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 884

(2)

Pengerahan tugas pegawai penguat kuasa Malaysia di Stesen

Woodlands North di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kelulusan bertulis terlebih dahulu Kerajaan Republik

Singapura yang hendaklah diberikan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh Kerajaan Republik Singapura menerima butiran lengkap mengenai pegawai penguat kuasa Malaysia itu daripada

Kerajaan Malaysia.

(3)

Kerajaan Republik Singapura boleh menyebabkan supaya dikeluarkan suatu pas berkaitan kepada setiap pegawai penguat kuasa Malaysia yang pengerahan tugasnya telah diluluskan di bawah subseksyen (2).

(4)

Pegawai penguat kuasa Malaysia yang kepadanya telah dikeluarkan pas berkaitan di bawah subseksyen (3) hendaklah, atas permintaan oleh pihak berkuasa Kerajaan Republik Singapura, mengemukakan pasnya atau keterangan mengenai identitinya yang lain untuk pengesahan semasa melaksanakan tugas rasmi di Stesen

Woodlands North.

(5)

Seorang pegawai penguat kuasa Malaysia boleh, semasa melaksanakan tugas rasmi di Stesen Woodlands North, memakai pakaian seragam atau apa-apa lambang tersendiri yang jelas kelihatan agensi penguatkuasaannya.

(6)

Kerajaan Malaysia hendaklah memanggil balik mana-mana pegawai penguat kuasa Malaysia yang dikerah tugas di Stesen Woodlands North jika dikehendaki oleh Kerajaan

Republik Singapura.

(7)

Kerajaan Malaysia hendaklah, tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh pengerahan tugas seseorang pegawai penguat kuasa Malaysia di Stesen Woodlands North tamat, memberitahu

Kerajaan Republik Singapura secara bertulis.

(8)

Jika seseorang pegawai penguat kuasa Malaysia dipanggil balik di bawah subseksyen (6) atau pengerahan tugasnya tamat,

Kerajaan Malaysia hendaklah memastikan supaya pas berkaitan yang dikeluarkan kepada pegawai penguat kuasa Malaysia itu di bawah subseksyen (3) diserah balik kepada Kerajaan Republik

Singapura selewat-lewatnya pada hari terakhir pengerahan tugas pegawai penguat kuasa Malaysia itu.

Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 15

Section 7 — JOHOR BAHRU-SINGAPORE RAPID TRANSIT SYSTEM LINK ACT 2026