Malaysia legislation

Section 8

of AKTA RAPID TRANSIT SYSTEM LINK JOHOR BAHRU-SINGAPURA 2026

Seksyen 8

Pengerahan tugas pegawai penguat kuasa Republik Singapura di Stesen Bukit Chagar

(1)

Pengerahan tugas seseorang pegawai penguat kuasa

Republik Singapura di Stesen Bukit Chagar bagi pelaksanaan tugas rasmi hendaklah tertakluk kepada kelulusan bertulis terlebih dahulu Kerajaan Malaysia yang hendaklah diberikan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh Kerajaan Malaysia menerima butiran lengkap mengenai pegawai penguat kuasa Republik Singapura itu daripada Kerajaan Republik Singapura.

(2)

Kerajaan Malaysia boleh menyebabkan supaya dikeluarkan suatu pas keselamatan kepada setiap pegawai penguat kuasa

Republik Singapura yang pengerahan tugasnya telah diluluskan di bawah subseksyen (1).

(3)

Pegawai penguat kuasa Republik Singapura yang kepadanya telah dikeluarkan suatu pas keselamatan di bawah subseksyen (2)

hendaklah, atas permintaan oleh pihak berkuasa Kerajaan Malaysia, mengemukakan pas keselamatannya atau keterangan mengenai identitinya yang lain untuk pengesahan semasa melaksanakan tugas rasmi di Stesen Bukit Chagar.

(4)

Seorang pegawai penguat kuasa Republik Singapura boleh, semasa melaksanakan tugas rasmi di Stesen Bukit Chagar, memakai pakaian seragam atau apa-apa lambang tersendiri yang jelas kelihatan agensi penguatkuasaannya.

(5)

Kerajaan Malaysia boleh pada bila-bila masa, menghendaki

Kerajaan Republik Singapura untuk memanggil balik mana-mana pegawai penguat kuasa Republik Singapura yang dikerah tugas di Stesen Bukit Chagar tanpa memberikan apa-apa sebab dan Kerajaan Republik Singapura hendaklah memanggil balik pegawai penguat kuasa itu.

(6)

Kerajaan Republik Singapura hendaklah, tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh pengerahan tugas seseorang pegawai penguat kuasa Republik Singapura di Stesen Bukit Chagar tamat, memberitahu Kerajaan Malaysia secara bertulis.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 884

(7)

Jika seseorang pegawai penguat kuasa Republik Singapura dipanggil balik di bawah subseksyen (5) atau pengerahan tugasnya tamat, Kerajaan Republik Singapura hendaklah memastikan supaya pas keselamatan yang dikeluarkan kepada pegawai penguat kuasa

Republik Singapura itu di bawah subseksyen (2) diserah balik kepada

Kerajaan Malaysia selewat-lewatnya pada hari terakhir pengerahan tugas pegawai penguat kuasa Republik Singapura itu.

Section 8 — JOHOR BAHRU-SINGAPORE RAPID TRANSIT SYSTEM LINK ACT 2026