Malaysia legislation

Section 9

of AKTA RAPID TRANSIT SYSTEM LINK JOHOR BAHRU-SINGAPURA 2026

Seksyen 9

Pengerahan tugas pegawai penguat kuasa dalam hal keadaan luar biasa

(1)

Walau apa pun seksyen 7 dan 8, Kerajaan Malaysia atau

Kerajaan Republik Singapura dalam hal keadaan luar biasa, boleh, tanpa memperoleh kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada satu sama lain, mengerah tugas pegawai penguat kuasa Malaysia atau pegawai penguat kuasa Republik Singapura untuk melaksanakan tugas rasmi di Stesen Bukit Chagar atau Stesen Woodlands North bagi tempoh tidak melebihi tiga hari dengan syarat bahawa sebelum pengerahan tugas itu—

(a)

Kerajaan yang mengerah tugas pegawai penguat kuasa memberitahu dengan seberapa segera yang praktik

Kerajaan yang satu lagi tentang hal keadaan luar biasa yang memerlukan pengerahan tugas itu dan memberikan

Kerajaan yang satu lagi butiran lengkap pegawai penguat kuasa yang akan dikerah tugas; dan

(b)

Kerajaan yang satu lagi telah mengaku terima penerimaan secara bertulis butiran lengkap sebagaimana yang diberikan oleh Kerajaan yang mengerah tugas.

(2)

Jika hal keadaan luar biasa itu terus wujud melebihi tiga hari, Kerajaan yang mengerah tugas boleh meminta daripada

Kerajaan yang satu lagi untuk kelulusan—

(a)

bagi melanjutkan pengerahan tugas pegawai penguat kuasanya bagi bilangan hari tertentu yang semunasabahnya perlu sehingga hal keadaan luar biasa itu telah berkurangan atau berakhir; atau

(b)

jika bilangan hari tertentu itu tidak mungkin dapat ditentukan, bagi meneruskan pengerahan tugas pegawai penguat kuasa itu tertakluk kepada peruntukan seksyen 7 dan 8.

Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 17

(3)

Sementara menunggu kelulusan bagi pelanjutan atau penerusan pengerahan tugas di bawah subseksyen (2), pegawai penguat kuasa itu boleh terus dikerah tugas di Stesen Bukit Chagar atau Stesen

Woodlands North, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Seorang pegawai penguat kuasa Malaysia atau pegawai penguat kuasa Republik Singapura yang dikerah tugas di bawah seksyen ini boleh, semasa melaksanakan tugas rasmi di Stesen

Bukit Chagar atau Stesen Woodlands North, mengikut mana-mana yang berkenaan, memakai pakaian seragam atau apa-apa lambang tersendiri yang jelas kelihatan agensi penguatkuasaannya.

(5)

Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Republik Singapura boleh pada bila-bila masa, menghendaki Kerajaan yang satu lagi untuk memanggil balik mana-mana pegawai penguat kuasanya yang dikerah tugas di bawah seksyen ini tanpa memberikan apa-apa sebab.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “hal keadaan luar biasa” ertinya—

(a)

gangguan kepada sistem atau proses yang berhubungan dengan fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan;

(b)

suatu kejadian kesihatan awam yang serius yang diisytiharkan sama ada oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Republik

Singapura;

(c)

penjalanan semula operasi perkhidmatan kereta api berikutan apa-apa penggantungan perkhidmatan itu; atau

(d)

apa-apa hal keadaan luar biasa lain sebagaimana yang dipersetujui oleh Kerajaan-Kerajaan.

Pengerahan tugas sebelum bermulanya perkhidmatan

Section 9 — JOHOR BAHRU-SINGAPORE RAPID TRANSIT SYSTEM LINK ACT 2026