Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH AKAUN PEGUAM CARA (PINDAAN) 2013

Seksyen 3

Kaedah 8

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (2) perenggan yang berikut:

“ (3)

Tiada wang boleh dikeluarkan daripada akaun klien melalui cek tunai atau cek pembawa kecuali bagi pembayaran bayaran ganti yang telah dibelanjakan atau telah didahulukan khusus bagi sesuatu transaksi atau perkara yang peguam cara itu telah ditempah untuk bertindak oleh seorang klien.

(4)

Tiada wang boleh dikeluarkan daripada akaun klien melalui —

(a)

mesin teler automatik;

(b)

khidmat perbankan melalui telefon; atau

(c)

khidmat perbankan atas talian kecuali bagi membuat apa-apa pembayaran secara elektronik kepada pihak berkuasa yang berkenaan atau badan bagi duti setem, cukai keuntungan harga tanah, fi carian, fi pemfailan atau fi pendaftaran atau maksud lain yang diluluskan oleh Majlis

Peguam dari semasa ke semasa.

(5)

Wang yang dipegang bagi seorang klien tidak boleh digunakan bagi pembayaran klien lain tanpa arahan bertulis klien yang baginya wang itu dipegang.”.

Pindaan kaedah 11

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH AKAUN PEGUAM CARA (PINDAAN) 2013