Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Kaedah 11 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subperenggan (2)(ii) dengan subperenggan yang berikut:
4
“(ii)
lejar klien yang berasingan, atau ruang klien pada bahagian kredit atau bahagian debit (mengikut mana yang sesuai)
dalam sesuatu lejar bagi setiap klien;”;
(b)
dengan memasukkan selepas perenggan (2) dengan perenggan yang berikut:
“(2A) Semua catatan dalam lejar klien mestilah bertarikh dan termasuk rujukan yang mengenal pasti sumber atau gelaran jawatannya dan membolehkan ia dikesan ke belakang dan ke hadapan.”; dan
(c)
dengan menggantikan perenggan (5) dengan perenggan yang berikut:
“(5)
Tiap-tiap peguam cara hendaklah mengekalkan segala buku, akaun dan rekod yang disimpan olehnya di bawah kaedah ini selama sekurang-kurangnya enam tahun dari tarikh apabila fail atau perkara yang berkenaan ditutup atau tiada urusan yang belum selesai selanjutnya.”.
Dibuat 15 Mac 2013
[BC/M/16/2012(BC/PA/C/112/2012); PN(PU2)314/XIV]
LIM CHEE WEE
Presiden
Majlis Peguam Malaysia
5
LEGAL PROFESSION ACT 1976
SOLICITORS’ ACCOUNT (AMENDMENT) RULES 2013