Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian V Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN VA
PENDAFTARAN PENGAMAL
PERUNDINGAN REKA BENTUK DALAMAN
Permohonan dan fi
Sesuatu ketuanpunyaan tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan yang berhasrat untuk didaftarkan sebagai suatu pengamal perundingan reka bentuk dalaman di bawah seksyen 27E Akta hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada Lembaga mengikut cara yang akan ditentukan oleh Lembaga.
P.U. (A) 180 7
(2)
Tiap-tiap permohonan untuk pendaftaran hendaklah disertakan dengan –
(a)
fi pemprosesan sebagaimana yang ditetapkan dalam Bahagian Dua Jadual
Pertama, yang tidak boleh dibayar balik;
dan
(b)
fi pendaftaran sebagaimana yang ditetapkan dalam Bahagian Dua Jadual
Pertama, yang hendaklah dibayar balik kepada pemohon yang tidak berjaya dalam permohonannya.
Perakuan pendaftaran
Lembaga,
Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon dalam Borang I atau J, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pembaharuan perakuan pendaftaran