Malaysia legislation

Section 32D

of KAEDAH-KAEDAH ARKITEK (PINDAAN) 2011

Seksyen 32D

(1)

Tiap-tiap pengamal perundingan reka bentuk dalaman yang berhasrat untuk membaharui perakuan pendaftaran yang telah dikeluarkan menurut kaedah 32C hendaklah mengemukakan permohonan bertulis kepada

Lembaga untuk pembaharuan pada atau sebelum 31 Januari dalam tahun berikutan tahun perakuan pendaftaran itu habis tempoh, dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi pembaharuan sebagaimana yang ditetapkan dalam Bahagian

Dua Jadual Pertama.

(2)

Setelah menerima apa-apa permohonan bagi pembaharuan dan fi pembaharuan yang ditetapkan, Lembaga

P.U. (A) 180 8

hendaklah mengeluarkan kepada pengamal perundingan reka bentuk dalaman itu suatu perakuan pendaftaran dalam Borang I atau J, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Fi pemasukan semula

Mana-mana pengamal perundingan reka bentuk dalaman yang namanya telah dikeluarkan daripada Daftar menurut perenggan 27H(b) Akta oleh sebab kegagalan untuk membaharui pendaftarannya hendaklah dalam masa lima tahun daripada namanya dikeluarkan itu, apabila memberitahu

Pendaftar akan hasratnya untuk dimasukkan semula menurut subseksyen 27I(2) Akta, menyatakan secara bertulis butir-butir amalannya pada tarikh pemberitahuannya kepada Pendaftar.

(2)

Tiap-tiap pemberitahuan di bawah subkaedah (1)

hendaklah disertakan dengan fi pemasukan semula sebagaimana yang ditetapkan dalam Bahagian Dua Jadual Pertama.”.

Pindaan Jadual Pertama