Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH BURUH (PEKERJA SEPARA MASA) (SABAH) 2013

Seksyen 2

Ketidakpakaian

(a)

yang diambil bekerja secara sekali sekala atau tidak tetap, jika dan apabila diperlukan, dan yang masa kerjanya dalam satu minggu tidak melebihi tiga puluh peratus daripada masa kerja normal bagi seseorang pekerja sepenuh masa dalam satu minggu (yang juga dikenali sebagai pekerja sambilan); dan

(b)

yang menjalankan kerja untuk seseorang majikan di dalam kediaman pekerja itu, tanpa mengira pekerjaan (yang juga dikenali sebagai pekerja bekerja di rumah).

Masa kerja normal bagi pekerja separa masa jika masa kerja normal bagi pekerja sepenuh masa tidak dapat ditentukan 3.

(1)

Jika masa kerja normal bagi seseorang pekerja sepenuh masa tidak dapat ditentukan atau tiada pekerja sepenuh masa yang digajikan dalam kapasiti yang serupa dalam perusahaan yang sama, masa kerja normal bagi seorang pekerja sepenuh masa hendaklah disifatkan sebagai lapan jam dalam satu hari atau empat puluh lapan jam dalam satu minggu.

3

(2)

Dalam hal keadaan yang disebut dalam subkaedah (1), masa kerja normal bagi seseorang pekerja separa masa tidak boleh melebihi tujuh puluh peratus daripada masa kerja normal bagi pekerja sepenuh masa itu.

Kadar bayaran ikut jam yang melebihi masa kerja normal

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH BURUH (PEKERJA SEPARA MASA) (SABAH) 2013