Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH BURUH (PEKERJA SEPARA MASA) (SABAH) 2013

Seksyen 4

(1)

Jika seseorang pekerja separa masa dikehendaki oleh majikannya untuk bekerja melebihi masa kerja normalnya, majikan hendaklah membayar pekerja separa masa itu bagi kerja tambahan itu pada kadar yang berikut:

(a)

tidak kurang daripada kadar bayarannya ikut jam untuk setiap jam atau sebahagian daripadanya yang melebihi masa kerja normal bagi pekerja separa masa itu tetapi tidak melebihi masa kerja normal bagi seseorang pekerja sepenuh masa yang digajikan dalam kapasiti yang serupa dalam perusahaan yang sama; dan

(b)

tidak kurang daripada satu setengah kali ganda kadar bayaran ikut jam bagi pekerja separa masa itu untuk setiap jam atau sebahagian daripadanya yang melebihi masa kerja normal bagi seseorang pekerja sepenuh masa yang digajikan dalam kapasiti yang serupa dalam perusahaan yang sama.

(2)

Mana-mana majikan yang tidak membayar seseorang pekerja separa masa bagi apa-apa kerja yang telah dilakukan melebihi masa kerja normalnya mengikut kadar yang dinyatakan di bawah subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Hari kelepasan

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH BURUH (PEKERJA SEPARA MASA) (SABAH) 2013