Malaysia legislation

Section 6

of KAEDAH-KAEDAH BURUH (PEKERJA SEPARA MASA) (SABAH) 2013

Seksyen 6

(1)

Seseorang pekerja separa masa berhak mendapat cuti tahunan berbayar—

6

(a)

tidak kurang daripada enam hari bagi tiap-tiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama jika dia telah digajikan oleh majikan itu selama tempoh kurang daripada dua tahun;

(b)

tidak kurang daripada lapan hari bagi tiap-tiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama jika dia telah digajikan oleh majikan itu selama tempoh dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun; dan

(c)

tidak kurang daripada sebelas hari bagi tiap-tiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama jika dia telah digajikan oleh majikan itu selama tempoh lima tahun atau lebih.

(2)

Jika seseorang pekerja separa masa tidak melengkapi dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama dalam tahun yang kontrak perkhidmatannya tamat, kelayakannya untuk cuti tahunan berbayar hendaklah mengikut perkadaran terus dengan bilangan bulan perkhidmatan yang telah lengkap.

(3)

Majikan hendaklah membayar pekerja separa masa pada kadar bayaran biasanya untuk tiap-tiap hari cuti tahunan berbayar yang diambil oleh pekerja separa masa itu.

(4)

Majikan hendaklah membayar pekerja separa masa, yang kontrak perkhidmatannya telah ditamatkan atas sebab selain salah laku, bagi cuti tahunan berbayar yang tidak digunakan.

(5)

Mana-mana majikan yang tidak membayar kadar bayaran biasa untuk cuti tahunan berbayar kepada pekerja separa masa sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subkaedah (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

7

(6)

Mana-mana majikan yang tidak membayar pekerja separa masa bagi cuti tahunan berbayar yang tidak digunakan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subkaedah (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Cuti sakit

Section 6 — KAEDAH-KAEDAH BURUH (PEKERJA SEPARA MASA) (SABAH) 2013