Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Seseorang pekerja separa masa berhak mendapat cuti sakit berbayar—
(a)
tidak kurang daripada sepuluh hari bagi tiap-tiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama jika dia telah digajikan oleh majikan itu selama tempoh kurang daripada dua tahun;
(b)
tidak kurang daripada tiga belas hari bagi tiap-tiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama jika dia telah digajikan oleh majikan itu selama tempoh dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun; dan
(c)
tidak kurang daripada lima belas hari bagi tiap-tiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama jika dia telah digajikan oleh majikan itu selama tempoh lima tahun atau lebih.
(2)
Seseorang pekerja separa masa tidak berhak mendapat cuti sakit berbayar pada hari dia tidak bekerja.
(3)
Seseorang pekerja separa masa berhak mendapat cuti sakit berbayar pada kadar bayaran biasanya.
(4)
Mana-mana majikan yang tidak membayar kadar bayaran biasa untuk cuti sakit berbayar kepada pekerja separa masa sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subkaedah (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
8
Hari rehat