Malaysia legislation

Section 8

of KAEDAH-KAEDAH BURUH (PEKERJA SEPARA MASA) (SABAH) 2013

Seksyen 8

(1)

Seseorang pekerja separa masa berhak mendapat satu hari rehat dalam setiap minggu jika dia bekerja lima hari atau lebih dengan jumlah masa bekerja tidak kurang daripada dua puluh jam seminggu.

(2)

Walau apa pun subkaedah (1), jika seseorang pekerja separa masa dikehendaki oleh majikannya untuk bekerja pada masa kerja normalnya pada hari rehat yang dia berhak di bawah kontrak perkhidmatannya, dia hendaklah dibayar tidak kurang daripada dua hari gaji pada kadar bayaran biasa yang dia berhak pada hari itu.

(3)

Jika seseorang pekerja separa masa dikehendaki untuk bekerja melebihi masa kerja normalnya pada hari rehat, dia hendaklah dibayar bagi kerja tambahan itu pada kadar yang berikut:

(a)

tidak kurang daripada satu setengah kali ganda kadar bayarannya ikut jam untuk setiap jam atau sebahagian daripadanya yang tidak melebihi masa kerja normal bagi seseorang pekerja sepenuh masa yang digajikan dalam kapasiti yang serupa dalam perusahaan yang sama; dan

(b)

tidak kurang daripada dua kali ganda kadar bayarannya ikut jam untuk setiap jam atau sebahagian daripadanya yang melebihi masa kerja normal bagi seseorang pekerja sepenuh masa yang digajikan dalam kapasiti yang serupa dalam perusahaan yang sama.

(4)

Mana-mana majikan yang tidak membayar seseorang pekerja separa masa bagi apa-apa kerja yang telah dilakukan pada hari rehat mengikut kadar yang dinyatakan di bawah subkaedah (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

9

Peruntukan dan kesahan apa-apa terma atau syarat perkhidmatan yang lebih baik

Section 8 — KAEDAH-KAEDAH BURUH (PEKERJA SEPARA MASA) (SABAH) 2013