Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Seseorang pekerja separa masa berhak mendapat hari kelepasan berbayar pada kadar bayaran biasanya pada hari yang berikut dalam mana-mana satu tahun kalendar:
4
(a)
pada tidak kurang daripada sebelas hari kelepasan am yang diwartakan, empat daripadanya hendaklah—
(i)
Hari Kebangsaan;
(ii)
Hari Ulang Tahun Yang di-Pertuan Agong;
(iii)
Hari Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri Sarawak; dan
(iv)
Hari Pekerja; dan
(b)
pada mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan am di bawah seksyen 3 Ordinan Hari Kelepasan Am [Sarawak Bab 8].
(2)
Jika mana-mana hari kelepasan am yang disebut dalam perenggan (1)(a)
dan (b) jatuh pada hari rehat, hari bekerja berikutnya sebaik selepas hari rehat itu hendaklah menjadi hari kelepasan berbayar bagi menggantikan hari kelepasan am itu.
(3)
Majikan hendaklah mempamerkan dengan mudah dilihat di tempat penggajian sebelum permulaan setiap tahun kalendar suatu notis yang menyatakan baki hari kelepasan am yang diwartakan yang diperuntukkan dalam perenggan (1)(a) yang berkenaan dengannya pekerja separa masanya berhak mendapat hari kelepasan berbayar di bawah perenggan itu.
(4)
Walau apa pun subkaedah (3), seseorang majikan dan pekerja separa masa boleh bersetuju―
(a)
bagi mana-mana hari atau beberapa hari lain untuk menggantikan satu atau lebih baki hari kelepasan am yang diwartakan yang diperuntukkan dalam perenggan (1)(a); dan 5
(b)
bahawa majikan memberikan pekerja separa masa itu mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan am berbayar bagi menggantikan mana-mana hari kelepasan am yang disebut dalam perenggan (1)(b).
(5)
Walau apa pun subkaedah (1), jika seseorang pekerja separa masa dikehendaki oleh majikannya untuk bekerja pada masa kerja normalnya pada mana-mana hari kelepasan berbayar yang dia berhak di bawah subkaedah (1), dia hendaklah dibayar tidak kurang daripada dua hari gaji pada kadar bayaran biasanya sebagai tambahan kepada bayaran hari kelepasan yang dia berhak bagi hari itu.
(6)
Jika seseorang pekerja separa masa dikehendaki untuk bekerja melebihi masa kerja normalnya pada hari kelepasan berbayar, dia hendaklah dibayar bagi kerja tambahan itu pada kadar yang berikut:
(a)
tidak kurang daripada dua kali ganda kadar bayarannya ikut jam untuk setiap jam atau sebahagian daripadanya yang melebihi masa kerja normal bagi pekerja separa masa itu; dan
(b)
tidak kurang daripada tiga kali ganda kadar bayarannya ikut jam untuk setiap jam atau sebahagian daripadanya yang melebihi masa kerja normal bagi seseorang pekerja sepenuh masa yang digajikan dalam kapasiti yang serupa dalam perusahaan yang sama.
(7)
Mana-mana majikan yang tidak mematuhi subkaedah (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
(8)
Mana-mana majikan yang tidak membayar seseorang pekerja separa masa bagi apa-apa kerja yang telah dilakukan pada hari kelepasan am mengikut kadar yang dinyatakan di bawah subkaedah (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
6
Cuti tahunan