Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH BURUH (PENGGAJIAN KANAK-KANAK DAN ORANG MUDA) (SARAWAK) 2012
Seksyen 2
Tafsiran
“hiburan awam” ertinya hiburan yang orang ramai atau mana-mana bahagian orang ramai dibenarkan masuk dan termasuk persembahan untuk membuat filem-filem atau iklan untuk pameran awam selain filem berita tetapi tidak termasuk apa-apa hiburan yang diberi oleh murid-murid mana-mana sekolah yang didaftarkan di bawah
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] di sekolah itu atau di bawah naungan sekolah itu, atau apa-apa hiburan yang dianjurkan oleh sesuatu badan sukarela, sosial atau kebajikan yang telah diluluskan oleh Pengarah.