Skip to content

Seksyen 5

Syarat kelayakan bagi insentif

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (bagi Individu Pemastautin yang Bukan Warganegara dan Memegang Jawatan C Suite dalam Suatu Syarikat yang Diluluskan) 2023

P.U. (A)In forceProvision 5 of 6
Seksyen 5

Individu yang layak yang permohonannya di bawah kaedah 4 telah diluluskan hendaklah mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan, yang hendaklah termasuk seperti yang berikut:

(a)

bermastautin di Malaysia bagi setiap tahun taksiran dalam tahun taksiran yang ditentukan;

(b)

menerima pendapatan daripada penggajian dengan syarikat yang diluluskan dalam tahun taksiran yang ditentukan;

(c)

memegang jawatan C Suite dalam suatu syarikat yang diluluskan dalam tahun taksiran yang ditentukan; dan

(d)

menerima gaji pokok minimum sebanyak dua puluh lima ribu ringgit sebulan.