Malaysia legislation

Section 6

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (BAGI INDIVIDU PEMASTAUTIN YANG BUKAN WARGANEGARA DAN MEMEGANG JAWATAN C SUITE DALAM SUATU SYARIKAT YANG DILULUSKAN) 2023

Seksyen 6

(1)

Kadar cukai pendapatan yang dikenakan di bawah Kaedah-Kaedah ini bagi tahun taksiran yang ditentukan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi seorang individu yang layak yang mempunyai dan menjalankan penggajian di syarikat yang diluluskan adalah lima belas peratus.

5

(2)

Pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi individu yang layak yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

(3)

Jika pendapatan yang boleh dikenakan cukai daripada penggajian individu yang layak itu telah ditentukan di bawah subkaedah (2), apa-apa lebihan pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi individu yang layak itu yang tertakluk kepada cukai hendaklah dikenakan cukai pendapatan bagi tahun taksiran itu di bawah Bahagian I

Section 6 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (BAGI INDIVIDU PEMASTAUTIN YANG BUKAN WARGANEGARA DAN MEMEGANG JAWATAN C SUITE DALAM SUATU SYARIKAT YANG DILULUSKAN) 2023