Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPAT) (BAS PERSIARAN) 2021

Seksyen 2

(1)

Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai bagi seorang pengendali pelancongan berlesen—

(a)

bermastautin di Malaysia;

(b)

yang melakukan perbelanjaan modal bagi pembelian bas persiaran sebagai tuan punya berdaftar pertama dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada suatu punca yang terdiri daripada perniagaannya yang berhubung dengan pengendalian pelancongan; dan

(c)

yang merupakan seorang pemegang lesen kenderaan pelancongan yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010

[Akta 715] atau Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 [Akta 594].

P.U. (A) 291 3

(2)

Bas persiaran yang dibeli oleh pengendali pelancongan berlesen itu hendaklah—

(a)

digunakan semata-mata bagi membawa pelancong menurut

Akta

Pengangkutan

Awam

Darat 2010

atau

Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999;

(b)

dipasang atau dibuat di Malaysia menurut Kaedah-Kaedah

Kenderaan

Bermotor

(Pendaftaran dan

Pelesenan)

1959

[L. N. 173/1959]; dan

(c)

bukanlah suatu bas persiaran yang dipulihkan.

Tafsiran

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPAT) (BAS PERSIARAN) 2021