Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPAT) (BAS PERSIARAN) 2021

Seksyen 4

Peruntukan menyifatkan yang berhubungan dengan perjanjian sewa beli

Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, jika pengendali pelancongan berlesen itu melakukan perbelanjaan modal di bawah suatu perjanjian sewa beli bagi pembelian suatu bas persiaran bagi maksud pengendalian pelancongan—

(a)

pengendali pelancongan berlesen itu hendaklah dianggap sebagai tuan punya bas persiaran itu; dan

(b)

perbelanjaan modal yang dilakukan oleh pengendali pelancongan berlesen itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah diambil kira sebagai bahagian modal daripada apa-apa bayaran ansuran atau, jika terdapat lebih daripada satu bayaran sedemikian, agregat bayaran itu yang dibuat oleh pengendali pelancongan berlesen itu di bawah perjanjian sewa beli itu dalam tempoh asas itu.

P.U. (A) 291 4

Elaun permulaan

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPAT) (BAS PERSIARAN) 2021