Malaysia legislation
Section 7
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPAT) (BAS PERSIARAN) 2021
Seksyen 7
Ketidakpakaian
Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi seorang pengendali pelancongan berlesen yang telah melakukan perbelanjaan modal ke atas pembelian bas persiaran dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika dalam tempoh asas itu pengendali pelancongan berlesen itu layak dan telah menuntut berkenaan dengan pembelian bas persiaran itu—
(a)
elaun cukai pelaburan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986
[Akta 327];
(b)
elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A kepada Akta;
(c)
elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta;
(d)
elaun modal dipercepat di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta; atau
(e)
pengecualian cukai di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta berkenaan dengan pendapatan berkanunnya yang bersamaan dengan apa-apa bahagian atau
P.U. (A) 291 5
keseluruhan amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh pengendali pelancongan berlesen itu.
Dibuat 29 Jun 2021
[MOF.TAX(S)7-1/3/54; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-40; PN(PU2)80/Jld. 101]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 291 6
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (ACCELERATED CAPITAL ALLOWANCE)
(EXCURSION BUS) RULES 2021