Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Peruntukan menyifatkan yang berhubungan dengan perjanjian sewa beli
Jika orang yang disebut dalam kaedah 3 melakukan perbelanjaan loji yang layak di bawah suatu perjanjian sewa beli bagi pembelian apa-apa jentera dan peralatan termasuk kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi bagi maksud perniagaan orang itu―
(a)
orang itu hendaklah dikira sebagai tuan punya jentera dan peralatan termasuk kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi itu; dan
(b)
perbelanjaan loji yang layak yang dilakukan oleh orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah dikira sebagai bahagian modal daripada apa-apa bayaran ansuran atau, jika terdapat lebih daripada satu bayaran, daripada agregat bayaran yang dibuat oleh orang itu di bawah perjanjian sewa beli itu dalam tempoh asas itu.
Elaun permulaan