Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Ketidakpakaian
Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi seseorang yang telah melakukan perbelanjaan modal ke atas kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika dalam tempoh asas tersebut orang itu layak dan telah menuntut berkenaan dengan kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi itu—
(a)
elaun cukai pelaburan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986
[Akta 327];
(b)
elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A Akta;
(c)
elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B Akta;
(d)
elaun modal dipercepat di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta; atau
(e)
pengecualian cukai di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 127 Akta berkenaan dengan pendapatan berkanun orang itu
P.U. (A) 156 4
yang bersamaan dengan sebahagian atau keseluruhan amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh orang itu.