Jadual
Jadual 3 kepada Akta, Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Elaun Modal Dipercepat) (Kelengkapan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi bagi Pelaksanaan Invois Elektronik) 2026.
(2)
Kaedah-Kaedah ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2024 hingga tahun taksiran 2027.
Elaun modal dipercepat 2.
(1)
Seseorang yang merupakan pemastautin di Malaysia dan telah melakukan perbelanjaan modal dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada suatu punca yang terdiri daripada perniagaannya berhubung dengan pembelian mana-mana kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi bagi pelaksanaan invois elektronik yang dinyatakan dalam Jadual bagi kegunaan perniagaannya boleh menuntut elaun modal dipercepat di bawah Kaedah-Kaedah ini mengikut elaun permulaan di bawah kaedah 3 dan elaun tahunan di bawah kaedah 4.
(2)
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, pembelian mana-mana kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi bagi pelaksanaan invois elektronik hendaklah termasuk pemasangan kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi itu.
(3)
Orang yang menuntut elaun modal dipercepat di bawah Kaedah-Kaedah ini—
P.U. (A) 162 3
(a)
hendaklah mematuhi garis masa pelaksanaan invois elektronik sebagaimana yang ditetapkan dalam
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan
(Pengeluaran
Invois
Elektronik)
2024
[P.U. (A) 265/2024];
(b)
tidak diberikan apa-apa kelonggaran berhubung dengan pengeluaran invois elektronik di bawah garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 134A Akta;
(c)
hendaklah mematuhi kehendak pengeluaran invois elektronik sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 134A Akta; dan
(d)
hendaklah menjalankan perniagaan yang berdaftar dengan—
(i)
Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
(ii)
suatu badan pendaftaran perniagaan;
(iii)
suatu pihak berkuasa tempatan; atau
(iv)
suatu badan berkanun.
Elaun permulaan 3.
Orang itu layak untuk menuntut elaun permulaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 10 Jadual 3 kepada Akta yang bersamaan dengan satu per lima daripada perbelanjaan modal yang dilakukan bagi pembelian mana-mana kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi bagi pelaksanaan invois elektronik yang dinyatakan dalam Jadual.
Elaun tahunan 4.
Orang itu layak untuk menuntut elaun tahunan sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 15 Jadual 3 kepada Akta yang bersamaan dengan dua per lima daripada
P.U. (A) 162 4
perbelanjaan modal yang dilakukan bagi pembelian mana-mana kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi bagi pelaksanaan invois elektronik yang dinyatakan dalam
Jadual.
Ketidakpakaian 5.
Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai jika orang itu, berkenaan dengan pembelian mana-mana kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi bagi pelaksanaan invois elektronik yang dinyatakan dalam Jadual—
(a)
telah diberikan apa-apa elaun cukai pelaburan di bawah Akta Penggalakan
Pelaburan 1986 [Akta 327];
(b)
telah menuntut apa-apa elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A kepada Akta;
(c)
telah menuntut apa-apa potongan di bawah seksyen 33 Akta;
(d)
telah menuntut apa-apa potongan di bawah seksyen 34A Akta;
(e)
telah menuntut apa-apa elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta;
(f)
telah menuntut apa-apa elaun modal dipercepat di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta; atau
(g)
telah diberikan pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta berhubung dengan pendapatan berkanun orang itu yang bersamaan dengan sebahagian atau keseluruhan amaun perbelanjaan modal bagi pelaksanaan invois elektronik yang dilakukan oleh orang itu.
P.U. (A) 162 5