Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPAT) (KOS PEMBANGUNAN BAGI PERISIAN KOMPUTER YANG DIBUAT KHAS BAGI PELAKSANAAN INVOIS ELEKTRONIK) 2026

Seksyen 3

Elaun modal dipercepat

(1)

Seseorang yang merupakan pemastautin di Malaysia dan telah melakukan kos pembangunan bagi perisian komputer yang dibuat khas bagi pelaksanaan invois elektronik dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada suatu punca yang terdiri daripada perniagaannya boleh menuntut elaun modal dipercepat di bawah

Kaedah-Kaedah ini mengikut elaun permulaan di bawah kaedah 4 dan elaun tahunan di bawah kaedah 5.

P.U. (A) 163 3

(2)

Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, kos pembangunan bagi perisian komputer yang dibuat khas bagi pelaksanaan invois elektronik yang dilakukan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah disifatkan telah dilakukan oleh orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran pada masa perisian komputer yang dibuat khas itu boleh digunakan bagi maksud perniagaannya.

(3)

Orang yang menuntut elaun modal dipercepat di bawah Kaedah-Kaedah ini—

(a)

hendaklah mematuhi garis masa pelaksanaan invois elektronik sebagaimana yang ditetapkan dalam

Kaedah-Kaedah

Cukai

Pendapatan

(Pengeluaran

Invois

Elektronik)

2024

[P.U. (A) 265/2024];

(b)

tidak diberikan apa-apa kelonggaran berhubung dengan pengeluaran invois elektronik di bawah garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 134A Akta;

(c)

hendaklah mematuhi kehendak pengeluaran invois elektronik sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 134A Akta; dan

(d)

hendaklah menjalankan perniagaan yang berdaftar dengan—

(i)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia;

(ii)

suatu badan pendaftaran perniagaan;

(iii)

suatu pihak berkuasa tempatan; atau

(iv)

suatu badan berkanun.

P.U. (A) 163 4

Elaun permulaan

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPAT) (KOS PEMBANGUNAN BAGI PERISIAN KOMPUTER YANG DIBUAT KHAS BAGI PELAKSANAAN INVOIS ELEKTRONIK) 2026