Malaysia legislation

Section 6

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPAT) (KOS PEMBANGUNAN BAGI PERISIAN KOMPUTER YANG DIBUAT KHAS BAGI PELAKSANAAN INVOIS ELEKTRONIK) 2026

Seksyen 6

Ketidakpakaian

Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai jika orang itu, berkenaan dengan kos pembangunan bagi perisian komputer yang dibuat khas bagi pelaksanaan invois elektronik—

(a)

telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];

(b)

telah menuntut apa-apa potongan di bawah seksyen 33 Akta;

(c)

telah menuntut apa-apa potongan di bawah seksyen 34A Akta;

(d)

telah menuntut apa-apa elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A kepada Akta;

(e)

telah menuntut apa-apa elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta;

(f)

telah menuntut apa-apa elaun modal dipercepat di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta; atau

P.U. (A) 163 5

(g)

telah diberikan pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta berhubung dengan pendapatan berkanun orang itu yang bersamaan dengan sebahagian atau keseluruhan amaun kos pembangunan bagi perisian komputer yang dibuat khas bagi pelaksanaan invois elektronik yang dilakukan oleh orang itu.

Dibuat 31 Mac 2026

[MOF.TAX(S)700-1/3/109 Jld.4 (SK.2); LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-396; PN(PU2)80/JLD.116]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 163 6

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (ACCELERATED CAPITAL ALLOWANCE) (DEVELOPMENT COST FOR

CUSTOMISED COMPUTER SOFTWARE FOR THE IMPLEMENTATION OF

ELECTRONIC INVOICE) RULES 2026

Section 6 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPAT) (KOS PEMBANGUNAN BAGI PERISIAN KOMPUTER YANG DIBUAT KHAS BAGI PELAKSANAAN INVOIS ELEKTRONIK) 2026