Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013

Seksyen 3

Pemakaian

(a)

seseorang individu yang bermastautin di Malaysia, berkenaan dengan perbelanjaan modal yang dilakukan oleh individu itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada suatu sumber yang terdiri daripada suatu perniagaan berhubung dengan pemasangan apa-apa kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan, selain Global

Positioning System (GPS) dalam butiran 10 Jadual bagi penjejakan

P.U. (A) 4 3

kenderaan, pada mana-mana bangunan berstruktur kekal yang digunakan bagi maksud perniagaan itu; atau

(b)

suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965

[Akta 125] yang bermastautin di Malaysia, berkenaan dengan perbelanjaan modal yang dilakukan oleh syarikat itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada suatu sumber yang terdiri daripada perniagaan berhubung dengan pemasangan—

(i)

apa-apa kelengkapan kawalan keselamatan, selain

Global

Positioning System (GPS) dalam butiran 10 Jadual bagi penjejakan kenderaan, bagi suatu kilang syarikat itu dengan syarat bahawa syarikat itu adalah suatu syarikat yang diluluskan di bawah Akta

Penyelarasan Perindustrian 1975 [Akta 156];

(ii)

apa-apa sistem penjejakan kenderaan Global Positioning System

(GPS) bagi suatu lori kontena syarikat itu yang mempunyai Lesen

Pembawa A dan suatu lori kargo syarikat itu yang mempunyai

Lesen Pembawa A atau C yang dikeluarkan di bawah Akta

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] yang digunakan bagi maksud perniagaan syarikat itu; atau

(iii)

apa-apa kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan, selain Global Positioning System (GPS) dalam butiran 10 Jadual bagi penjejakan kenderaan, di kawasan perumahan.

Peruntukan menyifatkan berhubung dengan perjanjian sewa beli

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013