Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013

Seksyen 4

Jika seseorang individu atau sesuatu syarikat yang disebut dalam kaedah 3

melakukan perbelanjaan modal di bawah suatu perjanjian sewa beli bagi pemasangan apa-apa kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan bagi maksud perniagaan individu atau syarikat itu, individu atau syarikat itu hendaklah dikira sebagai tuan punya kelengkapan itu dan perbelanjaan modal yang dilakukan oleh

P.U. (A) 4 4

individu itu atau syarikat itu bagi kelengkapan itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah diambil kira sebagai bahagian modal daripada bayaran ansuran atau, jika terdapat lebih daripada satu bayaran itu, atas agregat bayaran itu yang dibuat oleh individu atau syarikat itu di bawah perjanjian sewa beli itu dalam tempoh itu.

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013