Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013

Seksyen 7

Ketidakpakaian

(1)

Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi seseorang individu atau suatu syarikat dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika—

(a)

individu atau syarikat itu telah diberikan apa-apa insentif di bawah

Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];

(b)

individu atau syarikat itu telah diberikan elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A Akta;

(c)

individu atau syarikat telah diberikan apa-apa pengecualian di bawah seksyen 127 Akta; atau

P.U. (A) 4 5

(d)

individu atau syarikat layak bagi elaun pada pecahan yang lebih tinggi di bawah Akta atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta.

(2)

Jika individu atau syarikat yang disebut dalam kaedah 3 menjual, memindah hak, memindah milik, menyerah hak atau memberi hakmilik kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan dengan atau tanpa balasan pada bila-bila masa dalam masa dua tahun dari tarikh pembeliannya, elaun yang telah dibuat di bawah kaedah 5 dan 6 berkenaan dengan kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang individu atau syarikat itu menjual, memindah hak, memindah milik, menyerah hak atau memberi hakmilik kelengkapan kawalan keselamatan dan kelengkapan pemantauan itu dengan atau tanpa balasan.

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (KELENGKAPAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KELENGKAPAN PEMANTAUAN) 2013