Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (SYARIKAT BERSTATUS TUN RAZAK EXCHANGE MARQUEE) 2013

Seksyen 3

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“kos pengubahsuaian” ertinya kos pengubahsuaian yang ditetapkan dalam Jadual bagi Kaedah-Kaedah ini;

P.U. (A) 29 3

“syarikat berstatus Tun Razak Exchange Marquee” ertinya—

(a)

institusi berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989

[Akta 372] yang menjalankan perniagaan bank atau perniagaan bank saudagar atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;

(b)

syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 [Akta 553]

yang menjalankan perniagaan insurans atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;

(c)

syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276]

yang menjalankan perniagaan perbankan Islam atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;

(d)

syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312]

yang menjalankan perniagaan takaful atau syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama;

(e)

syarikat yang merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran

Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

[Akta 671];

(f)

seorang, selain daripada individu, yang merupakan orang berdaftar di bawah seksyen 76 atau 76A Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007; dan diluluskan oleh Menteri.

Tun Razak Exchange

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (SYARIKAT BERSTATUS TUN RAZAK EXCHANGE MARQUEE) 2013