Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(1)
Jika seseorang membuat suatu perkiraan sumbangan kos dengan orang berkaitannya untuk berkongsi kos dan risiko bagi pemerolehan atau pembekalan harta atau perkhidmatan, orang itu hendaklah menentukan peruntukan kos bagi perkiraan itu adalah mengikut peruntukan yang sepatutnya dijalankan oleh seseorang yang bebas berurusan antara satu sama lain secara selengan dalam suatu perkiraan yang serupa.
(2)
Jika terdapat suatu kemasukan, penarikan balik atau penamatan oleh mana-mana orang berkenaan dengan perkiraan sumbangan kos yang disebut dalam subkaedah (1), apa-apa bayaran yang dibuat kepada orang itu berkenaan dengan kemasukan, penarikan balik atau penamatan itu hendaklah ditentukan mengikut bayaran yang sepatutnya dibuat oleh seseorang yang bebas berurusan antara satu sama lain secara selengan.
(3)
Bagi maksud kaedah ini, seseorang dan orang berkaitannya hendaklah ditafsirkan sebagai—
12
(a)
beberapa orang, yang seorang daripadanya mempunyai kawalan ke atas yang lain;
(b)
individu-individu yang bersaudara antara satu sama lain; atau
(c)
beberapa orang, yang kedua-duanya adalah dikawal oleh orang yang lain.
Harta tidak ketara