Malaysia legislation

Section 13

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (HARGA PINDAHAN) 2023

Seksyen 13

(1)

Walau apa pun peruntukan lain di bawah

Kaedah-Kaedah ini, jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa harga termasuk kadar faedah yang dikenakan atau yang sepatutnya dikenakan dalam suatu transaksi terkawal adalah tidak selengan, Ketua Pengarah boleh membuat suatu pelarasan untuk menunjukkan harga selengan atau kadar faedah selengan bagi transaksi itu dengan menggantikan atau mengenakan harga atau kadar faedah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Jika harga yang suatu transaksi terkawal dimasuki oleh seseorang—

(a)

di dalam julat selengan, harga itu boleh dianggap sebagai harga selengan; atau

(b)

di luar julat selengan, harga selengan hendaklah diambil pada median.

(3)

Bagi maksud perenggan (2)(a), Ketua Pengarah boleh melaraskan harga bagi transaksi terkawal itu kepada median atau mana-mana titik lain atas median dalam julat selengan—

(a)

yang transaksi tidak terkawal itu adalah jenis yang memiliki tahap kebolehbandingan yang lebih rendah; atau

(b)

yang apa-apa kecacatan kebolehbandingan tidak boleh dikuantifikasi, dikenal pasti atau dilaraskan.

15

(4)

Bagi maksud pelarasan yang dibuat di bawah subkaedah (1), Ketua Pengarah boleh mengenakan surcaj mengikut subseksyen 140A(3C) Akta.

(5)

Bagi maksud kaedah ini—

“julat selengan” ertinya suatu julat angka atau satu angka yang jatuh di antara nilai 37.5 persentil hingga 62.5 persentil dalam set data dan boleh diterima oleh

Ketua Pengarah dalam menentukan sama ada harga selengan telah diguna pakai dalam suatu transaksi terkawal dan julat tersebut, setelah mematuhi kaedah 7, diperoleh daripada—

(a)

pemakaian kaedah harga pindahan yang sama kepada beberapa data boleh banding; atau

(b)

pemakaian kaedah yang berbeza sebagaimana yang ditentukan di bawah kaedah 6;

“median” ertinya nilai pada titik pertengahan julat selengan.

Establismen tetap sebagai suatu entiti berasingan

Section 13 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (HARGA PINDAHAN) 2023