Skip to content

Seksyen 3

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Harga Pindahan) 2023

P.U. (A)In forceProvision 3 of 15
Seksyen 3

“dokumentasi harga pindahan semasa” ertinya dokumentasi harga pindahan semasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam kaedah 4;

“harta” termasuklah apa-apa barang, benda alih atau tak alih, atau harta tidak ketara dan harta yang dimiliki secara benefisial;

4

“perkhidmatan” termasuklah apa-apa hak, manfaat, keistimewaan atau kemudahan yang disediakan, atau akan disediakan, diberikan atau dianugerahkan di bawah suatu perkiraan bagi atau yang berhubung dengan apa-apa kerja dan bantuan yang termasuk bantuan kewangan;

“transaksi tidak terkawal” ertinya suatu transaksi yang dijalankan oleh orang yang bebas berurusan antara satu sama lain secara selengan.