Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Dokumentasi harga pindahan semasa
(1)
Seseorang yang memasuki suatu transaksi terkawal hendaklah menyediakan suatu dokumentasi harga pindahan semasa yang diwujudkan sebelum tarikh akhir bagi pengemukaan suatu penyata dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang suatu transaksi terkawal itu dimasuki.
(2)
Dokumentasi harga pindahan semasa itu hendaklah mengandungi—
(a)
maklumat
Kumpulan
Perusahaan
Multinasional seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1;
(b)
maklumat berkenaan perniagaan orang itu seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2;
(c)
maklumat dan dokumen berkenaan suatu perkiraan sumbangan kos di bawah kaedah 10 sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3;
(d)
indeks kepada dokumen yang dikemukakan di bawah kaedah ini;
(e)
tarikh dokumentasi harga pindahan semasa itu dilengkapkan;
(f)
apa-apa dokumen yang—
(i)
menjadi asas pembangunan analisis harga pindahan;
5
(ii)
menyokong pembangunan analisis harga pindahan; atau
(iii)
dirujuk dalam pembangunan analisis harga pindahan; dan
(g)
apa-apa maklumat, data atau dokumen berkaitan yang lain yang digunakan oleh orang yang memasuki transaksi terkawal untuk menentukan harga selengan di bawah kaedah 6, termasuklah kesan perubahan ketara kepada syarat perniagaan sepanjang tempoh asas.
(3)
Jika apa-apa maklumat, data atau dokumen yang dikehendaki di bawah subkaedah (2) tidak terpakai kepada orang yang memasuki suatu transaksi terkawal, orang itu hendaklah menunjukkan ketidakpakaian maklumat, data atau dokumen itu dalam dokumentasi harga pindahan semasa itu.
(4)
Bagi maksud kaedah ini, “Kumpulan Perusahaan Multinasional” ertinya suatu kumpulan perusahaan yang berkaitan melalui pemilikan atau kawalan yang dengan itu ia dikehendaki menyediakan penyata kewangan disatukan bagi maksud pelaporan kewangan di bawah prinsip perakaunan yang terpakai atau akan dikehendaki untuk berbuat demikian sekiranya kepentingan ekuiti dalam mana-mana perusahaannya diniagakan di bursa sekuriti awam yang termasuk—
(a)
dua atau lebih perusahaan yang mastautin cukainya dalam wilayah bidang kuasa yang berlainan; atau
(b)
suatu perusahaan yang bermastautin di Malaysia dan tertakluk kepada cukai berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan melalui suatu establismen tetap dalam wilayah bidang kuasa yang lain, atau bermastautin di dalam wilayah bidang kuasa yang lain dan tertakluk kepada cukai berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan melalui suatu establismen tetap di Malaysia.
(5)
Bagi maksud kaedah ini, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa garis panduan bagi memudahkan pelaksanaan Kaedah-Kaedah ini.
6
Penyediaan dan pengemukaan dokumentasi harga pindahan semasa