Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Dalam menyediakan suatu dokumentasi harga pindahan semasa sebagaimana yang dinyatakan di bawah kaedah 4, seseorang itu hendaklah menentukan suatu harga selengan berdasarkan maklumat, data atau dokumen terkini yang boleh dipercayai, yang boleh didapati secara munasabah, pada masa penentuan harga selengan itu.
(2)
Maklumat, data atau dokumen yang digunakan dalam penyediaan dokumentasi harga pindahan semasa itu hendaklah disimpan dan dikekalkan dalam cara yang membolehkan maklumat, data atau dokumen itu tersedia untuk dipastikan dan diakses oleh Ketua Pengarah.
(3)
Ketua Pengarah boleh, melalui notis di bawah tandatangannya menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan dokumentasi harga pindahan semasa secara bertulis dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian itu.
Kaedah bagi menentukan harga selengan