Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
kaedah transaksi tradisional;
(b)
kaedah keuntungan transaksi; atau
(c)
apa-apa kaedah lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah yang memberikan tahap kebolehbandingan tertinggi antara transaksi.
(2)
Seseorang hendaklah memastikan asas bagi kaedah yang dipilih di bawah subkaedah (1)—
(a)
disokong dengan suatu penjelasan dan alasan bahawa kaedah yang dipilih itu serta petunjuk peringkat keuntungannya adalah sesuai
7
sebagai suatu penganggaran yang lebih baik dalam menentukan harga selengan; dan
(b)
berdasarkan fakta dan keadaan, termasuk sifat ekonomi yang berkaitan bagi transaksi terkawal itu yang telah dicirikan dengan tepat.
(3)
Ketua Pengarah boleh—
(a)
membuat kajian semula kaedah yang dipilih seseorang itu dalam subkaedah (2); dan
(b)
dalam membuat kajian semula di perenggan (a), menggantikan kaedah yang dipilih itu dengan mana-mana kaedah paling sesuai yang lain sebagaimana dinyatakan dalam subkaedah (1) sekiranya dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kaedah yang dipilih orang itu bukan kaedah paling sesuai dalam menentukan harga selengan.
(4)
Bagi maksud kaedah ini—
“kaedah keuntungan transaksi” ertinya kaedah pecahan keuntungan atau kaedah margin bersih transaksi;
“kaedah transaksi tradisional” ertinya kaedah harga tidak terkawal boleh banding atau kaedah harga jualan semula atau kaedah kos tokok;
“petunjuk peringkat keuntungan” ertinya suatu ukuran keuntungan seseorang yang digunakan untuk membandingkan suatu transaksi terkawal dengan suatu transaksi tidak terkawal yang dibandingkan.
Kebolehbandingan transaksi