Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Suatu transaksi tidak terkawal hendaklah digunakan sebagai suatu bandingan dalam menentukan suatu harga selengan bagi suatu transaksi terkawal.
8
(2)
Sebelum suatu bandingan dalam subkaedah (1) ditentukan, seseorang itu hendaklah mencirikan dengan tepat transaksi terkawal itu dengan mengenal pasti hubungan komersial atau kewangan antara orang berkaitan berdasarkan sifat ekonomi yang berkaitan yang disebut di bawah subkaedah (4).
(3)
Suatu transaksi tidak terkawal boleh digunakan sebagai suatu bandingan jika—
(a)
sifat ekonomi yang berkaitan bagi transaksi tidak terkawal itu dan transaksi terkawal adalah serupa secukupnya;
(b)
tidak ada perbezaan berkenaan sifat ekonomi yang berkaitan antara transaksi tidak terkawal itu dengan transaksi terkawal, atau antara beberapa orang yang memasuki mana-mana transaksi itu, berkemungkinan memberi kesan material terhadap harga atau kos yang dikenakan atau dibayar atau keuntungan yang terbit daripada transaksi itu dalam pasaran terbuka; atau
(c)
pelarasan yang secara munasabahnya tepat boleh dibuat untuk menghapuskan kesan material itu daripada perbezaan yang disebut dalam perenggan (b).
(4)
Sifat ekonomi yang berkaitan bagi maksud pencirian yang tepat transaksi terkawal dan penentuan bandingan di bawah kaedah ini termasuk—
(a)
terma-terma kontraktual transaksi terkawal itu;
(b)
fungsi yang dilaksanakan oleh setiap orang berkaitan kepada transaksi terkawal itu dengan mengambil kira aset yang digunakan dan risiko yang ditanggung, termasuklah—
9
(i)
bagaimana fungsi itu berkait dengan penjanaan nilai yang lebih luas oleh suatu kumpulan yang pihak-pihak adalah sebahagian daripadanya, keadaan sekeliling transaksi itu dan amalan industri;
dan
(ii)
menentukan kepentingan ekonomi risiko, tanggungan risiko kontraktual dan sebenar, analisis fungsian yang berhubung dengan risiko itu dan bagaimana risiko itu memberi kesan kepada harga transaksi antara pihak-pihak;
(c)
ciri-ciri harta atau perkhidmatan;
(d)
hal keadaan ekonomi dan pasaran yang pihak-pihak itu beroperasi; dan
(e)
strategi perniagaan yang dijalankan oleh pihak-pihak berkaitan.
(5)
Ketua Pengarah boleh membenarkan pemakaian data dari tahun di bawah pemeriksaan dan tahun-tahun sebelum jika—
(a)
data yang lengkap dan tepat boleh didapati untuk membuktikan kesan terhadap kitaran hayat atau kitaran perniagaan harta atau perkhidmatan dalam industri orang itu dalam transaksi terkawal yang data itu boleh meningkatkan kebolehpercayaan analisis kebolehbandingan; dan
(b)
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa kesan kitaran hayat atau kitaran perniagaan harta atau perkhidmatan itu tidak terkesan dengan syarat komersial atau hubungan kewangan di antara orang berkaitan.
(6)
Bagi maksud kaedah ini—
(a)
keputusan transaksi terkawal yang dicirikan dengan tepat mengikut subkaedah (2) hendaklah dibandingkan dengan keputusan
10
transaksi tidak terkawal bagi tahun asas yang sama untuk suatu tahun taksiran menggunakan kaedah sepertimana ditentukan di bawah kaedah 6; dan
(b)
data yang disebut dalam subkaedah (5) hendaklah hanya digunakan untuk membantu dalam pemilihan bandingan dan bukan untuk penggunaan purata pelbagai tahun.
Harga pindahan untuk transaksi berasingan dan bergabung