Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Seseorang dalam suatu transaksi terkawal hendaklah menentukan suatu harga selengan bagi setiap transaksi terkawal mengikut Kaedah-Kaedah ini.
(2)
Walau apa pun subkaedah (1), jika gabungan suatu transaksi terkawal adalah berkait rapat atau berterusan dan tidak boleh dinilai secara berasingan, atau jika boleh ditunjukkan bahawa amalan biasa industri adalah untuk menetapkan satu harga pindahan untuk transaksi itu, Ketua Pengarah boleh membenarkan penentuan harga selengan berdasarkan gabungan transaksi itu.
Perkhidmatan intrakumpulan