Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(1)
Seseorang dalam suatu transaksi terkawal hendaklah mengguna pakai kaedah yang dinyatakan dalam kaedah 6 untuk menentukan harga selengan bagi perkhidmatan intrakumpulan.
(2)
Dalam memakai kaedah sebagaimana yang disebut dalam subkaedah (1), orang itu hendaklah menunjukkan bahawa—
(a)
perkhidmatan intrakumpulan telah diberikan dan perkhidmatan itu telah memberikan suatu manfaat ekonomi atau nilai komersial kepada perniagaannya; dan
(b)
caj bagi perkhidmatan intrakumpulan itu adalah berasas.
11
(3)
Apa-apa caj yang dikenakan oleh seseorang itu dalam suatu transaksi terkawal berkenaan dengan perkhidmatan intrakumpulan hendaklah tidak diambil kira jika ia melibatkan—
(a)
aktiviti pemegang saham atau penjagaan;
(b)
perkhidmatan duplikasi;
(c)
perkhidmatan yang menyediakan manfaat sampingan atau manfaat hubungan pasif; atau
(d)
perkhidmatan sedia dipanggil.
(4)
Bagi maksud kaedah ini,
“perkhidmatan intrakumpulan”
ertinya perkhidmatan yang diberikan antara orang berkaitan.
Perkiraan sumbangan kos