Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Bagi maksud perenggan 60AA(1)(b) Akta, suatu pengendali takaful yang menjalankan perniagaan takaful semula bagi tahun taksiran yang berkaitan hendaklah memenuhi syarat yang berikut:
(a)
mempunyai sekurang-kurangnya lima pekerja sepenuh masa di Malaysia; dan
(b)
melakukan perbelanjaan operasi tahunan sekurang-kurangnya empat juta ringgit (RM4,000,000.00) di Malaysia.
(2)
Bagi maksud subkaedah (1), “pekerja sepenuh masa” ertinya pekerja berkemahiran tinggi yang merupakan pengurus, ahli profesional, juruteknik atau ahli profesional bersekutu yang terlibat dalam merumus, merancang, mengelola dan melaksanakan polisi, menjalankan penyelidikan atau menggunakan kaedah saintifik.
3
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai
Pendapatan 1967]
Dibuat 31 Disember 2018
[CR(8.09)294/6/4-18(SJ.5)(2018)JLD.2; PN(PU2)80/XCII]
DATO' SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DR. WAN ISMAIL
Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan fungsi-fungsi Menteri Kewangan
4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (REQUIREMENTS FOR TAKAFUL OPERATOR CARRYING ON
RE-TAKAFUL BUSINESS) RULES 2018