Seksyen 1
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Kos Pengubahsuaian dan Pembaharuan Premis Perniagaan) 2020.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Kos Pengubahsuaian dan Pembaharuan Premis Perniagaan) 2020 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 381 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN
(KOS PENGUBAHSUAIAN DAN PEMBAHARUAN
PREMIS PERNIAGAAN) 2020
INCOME TAX (COST OF RENOVATION AND
REFURBISHMENT OF BUSINESS PREMISE) RULES 2020
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 381 2
AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (KOS PENGUBAHSUAIAN DAN
PEMBAHARUAN PREMIS PERNIAGAAN) 2020
Opening note
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Kos Pengubahsuaian dan Pembaharuan Premis Perniagaan) 2020.
Tafsiran
Dalam Kaedah-Kaedah ini, “kos pengubahsuaian dan pembaharuan premis perniagaan” ertinya kos pengubahsuaian dan pembaharuan premis perniagaan yang dilakukan bagi maksud yang dinyatakan dalam Jadual Pertama tetapi tidak termasuk kos bagi maksud yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, yang diperakui oleh juruaudit luar.
Potongan
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan seseorang daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi kos pengubahsuaian dan pembaharuan premis perniagaan yang telah dilakukan oleh orang itu mulai 1 Mac 2020 hingga 31 Disember 2021 dan digunakan bagi maksud perniagaannya.
Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah 3(1)
tertakluk kepada amaun maksimum tiga ratus ribu ringgit.
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.