Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PELAPORAN MENGIKUT NEGARA) 2016

Seksyen 4

(1)

Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, suatu Laporan mengikut Negara berkenaan dengan suatu Kumpulan MNC hendaklah mengandungi—

(a)

maklumat agregat yang berhubungan dengan jumlah hasil, keuntungan atau kerugian sebelum cukai pendapatan, cukai pendapatan yang telah dibayar, cukai pendapatan yang terakru, modal yang dinyatakan, perolehan terkumpul, bilangan pekerja, dan aset ketara selain tunai atau yang setara dengan tunai berkenaan dengan setiap wilayah bidang kuasa yang di dalamnya Kumpulan MNC itu beroperasi; dan

(b)

pengenalpastian setiap entiti konstituen Kumpulan MNC itu yang menyatakan wilayah bidang kuasa mastautin cukai entiti konstituen itu, dan jika berlainan daripada wilayah bidang kuasa mastautin cukai itu, wilayah bidang kuasa yang di bawah undang-undangnya entiti konstituen itu diuruskan, dan sifat aktiviti perniagaan utama atau aktiviti entiti konstituen itu.

(2)

Maklumat kewangan yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah disebut dalam Ringgit Malaysia.

(3)

Laporan mengikut Negara hendaklah difailkan mengikut borang yang ditetapkan di bawah seksyen 152 Akta dalam medium elektronik, atau melalui penghantaran elektronik, dalam format bahasa penanda boleh perluas.

P.U. (A) 357 6

Kewajipan pemfailan

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PELAPORAN MENGIKUT NEGARA) 2016