Malaysia legislation
Section 5
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PELAPORAN MENGIKUT NEGARA) 2016
Seksyen 5
(1)
Syarikat pemegangan muktamad Kumpulan MNC yang bermastautin di Malaysia hendaklah memfailkan Laporan mengikut Negara yang mematuhi kehendak kaedah 4 dengan Ketua Pengarah berkenaan dengan tahun kewangan pelaporannya pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan dalam kaedah 7.
(2)
Dalam keadaan jika—
(a)
syarikat pemegangan muktamad tidak bermastautin di Malaysia dan tidak diwajibkan untuk memfailkan Laporan mengikut Negara dalam wilayah bidang kuasa mastautin cukainya;
(b)
wilayah bidang kuasa yang di dalamnya syarikat pemegangan muktamad bermastautin bagi maksud cukai mempunyai
Perjanjian Antarabangsa semasa yang Malaysia merupakan suatu pihak tetapi tidak mempunyai Perjanjian Pihak Berkuasa
Berwibawa yang Layak yang berkuat kuasa yang Malaysia merupakan suatu pihak pada masa Laporan mengikut Negara dikehendaki difailkan sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah 7; atau
(c)
terdapat kegagalan sistemik wilayah bidang kuasa mastautin cukai syarikat pemegangan muktamad yang telah dimaklumkan oleh
Ketua Pengarah kepada entiti konstituen yang bermastautin bagi maksud cukai di Malaysia, syarikat pemegangan pengganti hendaklah memfailkan Laporan mengikut Negara yang mematuhi kehendak kaedah 4 dengan Ketua Pengarah berkenaan dengan tahun kewangan pelaporan Kumpulan MNC pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan dalam kaedah 7.
P.U. (A) 357 7
(3)
Bagi maksud kaedah ini—
“kegagalan sistemik”, berhubung dengan suatu wilayah bidang kuasa, ertinya jika suatu wilayah bidang kuasa yang menguatkuasakan Perjanjian
Multilateral Pihak Berkuasa Berwibawa bagi Pertukaran Laporan mengikut
Negara dengan Malaysia tetapi—
(a)
telah menggantung pertukaran secara automatik Laporan mengikut Negara atas sebab selain yang mengikut terma-terma Perjanjian itu; atau
(b)
telah gagal secara berterusan untuk memberi secara automatik kepada Malaysia Laporan mengikut Negara yang dalam milikannya bagi Kumpulan MNC yang mempunyai entiti konstituen di Malaysia;
“Perjanjian Pihak Berkuasa Berwibawa yang Layak” ertinya suatu perjanjian yang menghendaki pertukaran secara automatik Laporan mengikut Negara yang dibuat antara wakil Kerajaan yang diberi kuasa dengan wakil bagi kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia yang diberi kuasa yang kedua-dua kerajaan merupakan pihak-pihak kepada suatu
Perjanjian Antarabangsa.
Pemberitahuan