Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pemotongan yang Tidak Dibenarkan bagi
Pembayaran kepada Syarikat Labuan oleh Pemastautin) 2018 [P.U. (A) 375/2018]
yang disebut sebagai “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda—
(a)
dengan menomborkan semula kaedah 2 yang sedia ada sebagai subkaedah 2(1); dan
(b)
dengan memasukkan selepas subkaedah 2(1) yang telah dinomborkan semula subkaedah yang berikut:
“(2)
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, “syarikat Labuan” ertinya entiti
Labuan yang dirujuk dalam perenggan 2B(1)(a) Akta Cukai Aktiviti
Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445].”.
P.U. (A) 376 3
Pindaan Jadual 2.
Jadual kepada Kaedah-Kaedah ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan kepala Jadual dengan kepala yang berikut:
“
(1)
Bil.
(2)
Jenis Pembayaran
(3)
Amaun yang tidak dibenarkan untuk potongan
(b)
dalam butiran 1, di bawah ruang (3), dengan menggantikan perkataan “33% daripada amaun pembayaran” dengan perkataan “25%
daripada amaun pembayaran (termasuk pembayaran yang berkaitan dengan pembiayaan berkenaan dengan komisyen, fi fasiliti dan fi pendahuluan)”; dan
(c)
dalam butiran 2, di bawah ruang (3), dengan menggantikan perkataan “33%” dengan perkataan “25%”.
Dibuat 23 Disember 2020
[Perb: MOF.TAX (S) 700-2/1/76; PN(PU2)80/C]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
”;
P.U. (A) 376 4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTIONS NOT ALLOWED FOR PAYMENT MADE TO LABUAN COMPANY
BY RESIDENT) RULES 2018 (AMENDMENT) 2020