Malaysia legislation

Section 11

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PENENTUAN HARGA PINDAHAN) 2012

Seksyen 11

(1)

Jika dalam suatu transaksi terkawal suatu harta tidak ketara dijual atau dilesenkan—

(a)

pemilik atau pemegang lesen hendaklah mengenakan suatu harga selengan; dan

(b)

nilai harta itu kepada pembeli atau pemberi lesen hendaklah merupakan manfaat yang dijangkakan akan dijana oleh harta tidak ketara itu.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1), harga selengan untuk jualan atau lesen itu hendaklah ditentukan dengan memakai kaedah harga tidak terkawal boleh banding, atau dalam hal jika harta itu bernilai tinggi atau unik, kaedah pecahan keuntungan residual hendaklah dipakai.

(3)

Walau apa pun subkaedah (2), Ketua Pengarah boleh membenarkan pemakaian kaedah yang lain jika kaedah itu memberikan tahap kebolehbandingan yang paling tinggi antara transaksi.

P.U. (A) 132 11

(4)

Jika pemilikan sah harta tidak ketara itu tidak terletak kepada orang yang membangunkan harta itu, orang itu hendaklah menerima balasan selengan bagi pembangunan harta itu.

(5)

Jika seseorang yang bukan pemilik suatu cap dagangan atau nama dagangan menjalankan aktiviti pemasaran dan menanggung kos pemasaran cap dagangan atau nama dagangan itu melebihi daripada yang ditanggung oleh orang yang bebas boleh banding, orang itu adalah berhak kepada balasan harga selengan bagi menjalankan aktiviti itu daripada pemilik cap dagangan atau nama dagangan itu.

(6)

Dalam kaedah ini, seseorang adalah disifatkan sebagai pemilik harta tidak ketara dan adalah layak kepada apa-apa pendapatan yang berpunca daripada harta itu jika perbelanjaan dan risiko yang berkaitan dengan pembangunan harta tidak ketara itu ditanggung oleh orang itu.

(7)

Bagi maksud kaedah ini—

“harta tidak ketara” termasuklah paten, ciptaan, formula, proses, reka bentuk, model, pelan, rahsia dagangan, kepandaian atau pemasaran tidak ketara;

“pemasaran tidak ketara” termasuklah suatu yang tidak ketara yang berkenaan dengan aktiviti pemasaran, yang membantu dalam eksploitasi komersial harta itu atau mempunyai suatu nilai promosi yang penting bagi harta yang berkenaan.

Faedah ke atas bantuan kewangan

Section 11 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PENENTUAN HARGA PINDAHAN) 2012