Malaysia legislation

Section 13

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PENENTUAN HARGA PINDAHAN) 2012

Seksyen 13

(1)

Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Kaedah-Kaedah ini, jika

Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa harga termasuk kadar faedah yang dikenakan atau yang sepatutnya dikenakan dalam suatu transaksi terkawal adalah tidak selengan, Ketua Pengarah boleh membuat suatu pelarasan untuk menunjukkan harga selengan atau kadar faedah bagi transaksi itu dengan menggantikan atau mengenakan harga atau faedah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Apa-apa pelarasan di bawah Kaedah-Kaedah ini berkenaan dengan suatu taksiran yang dibuat ke atas salah seorang daripada orang dalam suatu transaksi terkawal boleh ditunjukkan dengan suatu pelarasan imbangan ke atas taksiran orang yang lain dalam transaksi itu atas permintaan orang yang lain itu.

Establismen tetap sebagai suatu entiti berasingan

Section 13 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PENENTUAN HARGA PINDAHAN) 2012