Malaysia legislation
Section 14
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PENENTUAN HARGA PINDAHAN) 2012
Seksyen 14
(1)
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, establismen tetap hendaklah dianggap sebagai suatu entiti berbeza dan berasingan daripada ibu pejabatnya dan cawangan yang berkaitan.
(2)
Dalam kaedah ini, “establismen tetap”—
(a)
hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam perkiraan yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta; atau
P.U. (A) 132 13
(b)
jika tiada perkiraan dibuat di bawah seksyen 132 Akta, ertinya suatu tempat perniagaan tetap yang melaluinya perniagaan orang itu secara keseluruhan atau sebahagiannya dijalankan, atau suatu tempat perniagaan tetap orang yang lain, yang melaluinya orang yang tertentu itu membuat pembekalan.
Dibuat 7 Mei 2012
[Perb.0.6869/47(SJ.2)(JLD.2); LHDN.01/35/(S)/42/51Klt.12; PN(PU2)80/LXIII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai
Pendapatan 1967]
P.U. (A) 132 14
INCOME TAX ACT 1967
________________