Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PENENTUAN HARGA PINDAHAN) 2012
Seksyen 4
Dokumentasi penentuan harga pindahan semasa
(1)
Seseorang yang membuat suatu transaksi terkawal hendaklah menyediakan suatu dokumentasi penentuan harga pindahan semasa.
(2)
Dokumentasi penentuan harga pindahan semasa hendaklah termasuk rekod dan dokumen yang menyediakan suatu perihalan bagi perkara yang berikut:
(a)
struktur organisasi, termasuk suatu carta organisasi yang meliputi orang yang terlibat dalam suatu transaksi terkawal;
(b)
jenis perniagaan atau industri dan keadaan pasaran;
(c)
transaksi terkawal itu;
(d)
strategi, andaian dan maklumat berkenaan faktor yang mempengaruhi penetapan apa-apa polisi penentuan harga;
(e)
analisis kebolehbandingan, fungsi dan risiko;
(f)
pemilihan kaedah penentuan harga pindahan;
(g)
pemakaian kaedah penentuan harga pindahan;
(h)
dokumen yang menyediakan asas untuk atau sebaliknya menyokong atau telah dirujuk dalam membangunkan analisis penentuan harga pindahan itu;
(i)
indeks kepada dokumen; dan
P.U. (A) 132 5
(j)
apa-apa maklumat lain, data atau dokumen yang difikirkan berkaitan oleh orang itu bagi menentukan suatu harga selengan.
(3)
Bagi maksud kaedah ini—
“dokumentasi penentuan harga pindahan semasa” ertinya dokumentasi penentuan harga pindahan yang diwujudkan—
(a)
apabila orang itu membangunkan atau melaksanakan apa-apa transaksi terkawal; dan
(b)
jika dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran transaksi terkawal itu dikaji semula dan terdapat perubahan yang material, dokumentasi itu hendaklah dikemaskinikan sebelum tarikh genap masa untuk mengemukakan suatu penyata bagi tempoh asas itu untuk tahun taksiran itu.
Kaedah bagi menentukan harga selengan