Malaysia legislation
Section 5
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PENENTUAN HARGA PINDAHAN) 2012
Seksyen 5
(1)
Seseorang hendaklah memakai kaedah transaksi tradisional bagi menentukan harga selengan untuk suatu transaksi terkawal.
(2)
Jika kaedah transaksi tradisional tidak boleh dipakai dengan pasti atau tidak boleh dipakai terus, seseorang hendaklah kemudiannya memakai kaedah keuntungan transaksi.
(3)
Jika kedua-dua kaedah transaksi tradisional dan kaedah keuntungan transaksi tidak boleh dipakai terus, Ketua Pengarah boleh membenarkan pemakaian kaedah lain yang memberikan tahap kebolehbandingan yang paling tinggi antara transaksi itu.
P.U. (A) 132 6
(4)
Bagi maksud kaedah ini—
“kaedah transaksi tradisional” ertinya kaedah harga tidak terkawal boleh banding atau kaedah harga jualan semula atau kaedah kos tokok;
“kaedah keuntungan transaksi” ertinya kaedah pecahan keuntungan atau kaedah margin bersih transaksi.
Kebolehbandingan transaksi