Malaysia legislation
Section 6
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PENENTUAN HARGA PINDAHAN) 2012
Seksyen 6
(1)
Bagi maksud kaedah 5, suatu transaksi tidak terkawal hendaklah digunakan sebagai suatu bandingan bagi menentukan suatu harga selengan bagi suatu transaksi terkawal.
(2)
Suatu transaksi tidak terkawal boleh digunakan sebagai suatu bandingan jika—
(a)
faktor kebolehbandingan transaksi tidak terkawal dan transaksi terkawal itu adalah serupa secukupnya; atau
(b)
tiada satu pun daripada perbezaan berkenaan dengan faktor kebolehbandingan antara transaksi tidak terkawal dan transaksi terkawal itu, atau antara beberapa orang yang membuat mana-mana transaksi itu, mungkin memberi kesan material terhadap harga atau kos yang dikenakan atau dibayar atau keuntungan yang terbit daripada transaksi itu dalam pasaran terbuka; atau
(c)
pelarasan yang secara munasabahnya tepat boleh dibuat untuk menghapuskan kesan material daripada perbezaan yang disebut dalam perenggan (b).
(3)
Faktor kebolehbandingan yang disebut dalam subkaedah (1) termasuk—
(a)
ciri-ciri harta atau perkhidmatan itu;
P.U. (A) 132 7
(b)
fungsi yang dilaksanakan, aset yang digunakan dan risiko yang ditanggung oleh orang yang berkenaan dalam transaksi itu;
(c)
terma kontrak;
(d)
hal keadaan ekonomi; dan
(e)
strategi perniagaan orang dalam transaksi itu.
(4)
Bagi maksud menentukan harga selengan, keputusan suatu transaksi terkawal hendaklah dibandingkan dengan keputusan suatu transaksi tidak terkawal bagi tahun asas yang sama untuk suatu tahun taksiran.
(5)
Ketua Pengarah boleh membenarkan bagi tempoh asas untuk suatu tahun taksiran pemakaian data dari tahun yang lain sebelum atau selepas tempoh asas itu sekiranya data yang lengkap dan tepat boleh didapati untuk membuktikan kesan terhadap kitaran hayat atau kitaran perniagaan produk atau perkhidmatan dalam industri orang itu dalam suatu transaksi terkawal.
(6)
Bagi maksud kaedah ini, “transaksi tidak terkawal” ertinya suatu transaksi yang dijalankan oleh orang yang bebas berurusan antara satu sama lain secara selengan.
Harga pindahan untuk transaksi berasingan dan bergabung