Malaysia legislation
Section 8
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PENENTUAN HARGA PINDAHAN) 2012
Seksyen 8
(1)
Ketua Pengarah boleh tidak mengambil kira apa-apa struktur yang digunakan oleh seseorang dalam membuat suatu transaksi terkawal jika—
(a)
inti pati ekonomi transaksi itu berbeza daripada bentuknya; atau
(b)
walaupun bentuk dan inti pati transaksi adalah sama, perkiraan yang dibuat berhubung dengan transaksi itu, dilihat secara keseluruhannya, berbeza daripada yang sepatutnya digunakan oleh orang yang bebas bertindak dalam suatu cara komersial yang rasional dan struktur sebenar menghalang Ketua Pengarah daripada menentukan suatu harga pindahan yang sesuai.
(2)
Jika Ketua Pengarah tidak mengambil kira apa-apa struktur yang digunakan oleh seseorang dalam membuat suatu transaksi terkawal di bawah subkaedah (1), Ketua Pengarah hendaklah membuat pelarasan kepada struktur transaksi itu sebagaimana yang dia fikirkan sesuai untuk menggambarkan struktur yang sepatutnya digunakan oleh orang yang bebas berurusan secara selengan dengan mengambil kira realiti ekonomi dan komersial.
Perkhidmatan intrakumpulan